//super awesome !
sweet owner

Navigation : touch hover image



Diaries Owner Linkies Stuff

hello peeps ! welcome to super awesome :D


Bigfoots!

Put your CBOX codes here!


Credits!

basecode: Nurul AtiQah
Edit by: Cikmimin
Re-Edited By: Your Name
Others:   



" Morning , ma . Akak mana ? Tak dengar suara pun dari tadi . " Lya bertanya sambil menarik kerusi dan terus duduk di meja makan .

 " Hmm , biasalah tu . Keluar dengan kawan-kawan dia tu . Dah , makan cepat . Nanti lambat pulak nak pergi kolej . "

Lya hanya mengangguk perlahan . "Hmm , makanan dah depan mata , nak pikir ape lagi . Penuh kan perut dulu lah . " sempat lagi Lya mengomel perlahan .

Lya berjalan terus menuju ke cafeteria setelah tamatnya waktu kuliah ." Lya ! Lya ! Tunggu lah sekejap . " kedengaran suara bestienya menjerit .

"Oh , hai Marissa . Kenapa ni ? Excited semacam je aku tengok . Nak tunjuk ape ? Result kau baru-baru ni 4 flat ea ? " . Lya menunjuk muka terujanya .  Marissa pula kelihatan monyok pula . Haish , dah kenapa pulak ?

 " Bukanlah . Ni la yang aku nak tunjukkan dekat kau Lya . Ticket konsert Daniel Lim . DAEBAK !! "
Marissa hampir terlompat . Excited sungguh . Habes terkeluar ayat koreanya yang satu tu . Lya menggaru kepala . Apelah yang korang hadap sangat mamat sepet sorang ni ? Aku masih tertanya-tanya . Memang lah orangnya ada bakat ada rupa . iras-iras kimbum pelakon boys over flower tu . Ait , tahu pulak aku ? Bukanlah , ni pun si Marissa yang cerita dekat aku . Dia tunjuk lah muka Daniel Lim tu . Hmm, adelah la tempias sikit.

" Oh , ingat apelah tadi . " aku mula menunjukkan muka toya . Marissa mencebik . " Ka nikan , bukan nak teruja sekali . Buat muka toya kau je tahu kan . " Marissa memasukkan kembali ticket konsert kesayangannya itu kembali .

 " Ala , sori lah Mar . Aku memang tak minat lah selebriti-selebriti 'hot' ni . " sahaja Lya tekankan perkataan 'hot' itu . Marissa akur . Faham benar akan sikap temannya yang sorang itu . Pelik tahu . Semua orang tergila-gilakan Daniel Lim tu . Tanyalah sesiapa pun , mahu lelaki atau pun perempuan . Majoriti kesemuanya merupakan peminat lelaki kacukan cina belanda itu .

Lya dan Marissa berjalan seiringan menuju ke parking lot .
' Eh, kau balik dengan sape ni ? nak hujan lah . Balek dengan aku je lah . Keret aku kosong tu . " Lya mempelawa Marissa sambil menghampiri swift biru kesayangannya .
" okay jugak tu . Kejap , ku nak inform daddy aku "

Lya tersenyum sambil mengeluarkan kunci keretanya .

Marissa menguatkan volume radio kereta Lya . Kedengaran suara Marissa mengikut bait kata lagu dalam bahasa inggeris yang berkumandang itu . Amboi , lancar sungguh .

 " Sedap jugak suara mat salleh ni . Siapa Marissa? Justin bieber ke ? " Aku hanya menduga . Marissa tidak menjawab . Asyik sungguh dia sehingga tidak sedar ada manusia yag sedang bercakap dengannya . Lya 'sedikit' geram terhadap Marissa lalu ditutupnya radio tersebut . Ha , padanlah muka kau ! hahaha

"Ape kau ni Lya ? Bukan balik . Aku tengah syok layan lagu Daniel ni ."
"Oh , lagu laki kau ke ? Ingat sapelah mat salleh mana lah . " Lya menjeling temannya yang muncung memanjang itu . Dah boleh ikat reben tahu . Lalu , dibukanya kembali radio tersebut . Hmmm, best jugak lagu dia ni . Flow giler english dia . Lya memuji di dalam hatinya .